Menampilkan dua variasi Pixel 4 dan Pixel 4XL, kedua-duanya hanya dibezakan pada ukuran saiz paparan dan kapasiti bateri. Jika dibandingkan dengan keluaran sebelumnya, generasi keempat kali ini tidak mempunyai sebarang rekaan takuk pada skrin 5.7 inci OLED FHD+ untuk Pixel 4 manakal 4 XL pula dipasang dengan skrin 6.3 inci QHD+. Paparan ini turut menyokong kadar penyegaran 90Hz, namun sekiranya tidak diperlukan ia akan berubah kepada 60Hz untuk menjimatkan bateri.
Menerusi penawaran terbaru ini ia kali pertama menghadirkan tetapan dwi kamera, menggabungkan antara lensa utama 12MP dan juga 16MP lensa telefoto. Kualiti gambar juga akan ditambah baik dimana Pixel Neural Core akan membantu pengguna dalam menyesuaikan pendedahan dengan betul. Turut sama dilengkapkan adalah ciri penstabilan OIS serta EIS. Tugas rakaman sebelah hadapan pula diberikan kepada lensa 8MP yang juga ditemani dengan beberapa sensor untuk keupayaan Motion Sense serta nyahkunci wajah yang lebih selamat. Siri terbaru ini hanya menawarkan imbasan biometrik berasaskan wajah sahaja.
Seperti yang dinyatakan diatas, perbezaan antara Pixel 4 dan Pixel 4 XL adalah pada kapasiti bateri dengan masing-masing dibekalkan dengan bateri 2800mAh dan 3700mAh untuk model lebih besar. Ia menyokongn pengecasan pantas Power Delivery 18W.
https://www.youtube.com/watch?v=_F7YRde8DuE
Untuk komponen dalaman lain pula, cip pemprosesan Snapdragon 855 digunapakai bersama padanan RAM 6GB dan storan antara 64GB sehingga 128GB. Tiga warna pilihan ditawarkan untuk edisi kali ini iaitu Just Black, Clearly White serta edisi terhad Oh So Orange.
Harga jualan rasmi peranti ini di Amerika syarikat adalah pula diletakkan pada nilai $799 (~RM3350) untuk Pixel 4 64GB dan versi XL 64GBpula berharga $900 (~RM3770). Naik taraf kepada storan 128GB perlu ditambah $100.
Berkaitan
- ASUS ROG Phone 3 Akan Tersedia Dipasang Google Stadia
- Arab Saudi Guna Sistem Pintar Urus 4000 Tan Sampah Sepanjang Musim Haji
- Realme 5 Dan Realme 5 Pro Diperkenalkan, Mempertaruhkan 4 Kamera
- Pixel 4 Mungkin Berupaya Merakam Pemandangan Langit Waktu Malam Lebih Jelas
- Honor View20 Dilancar Secara Rasmi, Kamera Utama 48MP Dengan Sokongan 3D TOF
- Aplikasi Keselamatan Baru Google Akan Bantu Anda Mencari Rakan-rakan Dan Keluarga Dalam Keadaan Kecemasan
- Pixel 5 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Ini, Dilancarkan Hujung September?
- Huawei Nova 4 Dijual RM200 Lebih Murah Dari Harga Asal
- Nokia Dan Vodafone Mahu Lancar Rangkaian 4G Di Bulan
- Miliki Mi 9 Dari RM45/Bulan Melalui Pelan Zerolution Dari Maxis