Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Senaraikan Aplikasi Serta Permainan Terbaik Setakat Suku Ketiga 2018

Google Senaraikan Aplikasi Serta Permainan Terbaik Setakat Suku Ketiga 2018

Diterbitkan Julai 4, 2018 oleh Helmi Samsuri

Bila mana anda menjengah ke dalam Google PlayStore, banyak aplikasi tersenarai yang menawarkan pelbagai fungsi, tidak kira sama ada untuk kegunaan suntingan, permainan dan banyak lagi.

Untuk mengelakkan pengguna tidak terpinga-pinga untuk memilih aplikasi mana yang terbaik, Google telah mewujudkan sebuah program yang dinamakan sebagai Android Excellence bagi menggantikan ruangan Editor Choice.

Program ini terbahagi kepada dua kategori iaitu aplikasi dan juga permainan dan untuk terpilih di dalam Android Excellence, beberapa faktor penilaian diambil kira.

Antaranya adalah pengalaman pengguna untuk menggunakannya, mempunyai rekaan antaramuka yang menarik, prestasi teknikal dan mampu mengoptimumkan peranti.

Selepas kemaskini Julai berikut merupakan 14 aplikasi  (berbayar dan percuma) yang berjaya menghuni takhta aplikasi terbaik di Google PlayStore.

Aplikasi Terbaik

  • Beelinguapp
  • BTFIT
  • Fortune City
  • Letras.mus.br
  • LingoDeer
  • Memrise
  • PicssArt
  • PocketCasts
  • ShareTheMeal
  • The Mindfulness App
  • Tokopedia
  • Trello
  • VivaReal
  • Wynk Music

Aplikasi permainan terbaik

  • Animal Crossing: Pocket Camp
  • Cash, INC.
  • Flutter: Starlight
  • Shadow Fight 3
  • Shadowgun Legends
  • War Heroes
  • World of Warships Blitz

Mungkin ada aplikasi atau permainan yang berkenan dihati, anda boleh klik pada senarai diatas untuk dimuat turun dari PlayStore.

Sumber: Google PlayStore

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY