Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Search Tambah Pautan Wayback Machine Dalam Hasil Carian

Google Search Tambah Pautan Wayback Machine Dalam Hasil Carian

Diterbitkan September 12, 2024 · Dikemas kini September 12, 2024 oleh Amalina Athman

Google Search kini menambah pautan ke Wayback Machine, membolehkan pengguna mengakses versi laman web yang diarkibkan secara terus melalui hasil carian di platform itu.

Untuk mengakses ciri ini, hanya lakukan carian seperti biasa di Google. Di sebelah setiap hasil carian, pengguna akan melihat tiga titik – klik pada ini akan memaparkan “About the source”.

Pilih “More about this page” dan di bahagian bawahnya terdapat “See previous versions on Internet Archive’s Wayback Machine”.

Wayback Machine Internet Archive

Melalui pautan terus ini, pengguna akan dapat melihat laman web versi sebelumnya menerusi Wayback Machine, menawarkan gambaran tentang cara laman web tersebut muncul pada masa yang berbeza.

Walau bagaimanapun, pautan ke laman web yang diarkibkan tidak akan tersedia dalam keadaan di mana pemegang hak telah memilih untuk tidak mengarkibkan laman web mereka atau jika laman web tersebut melanggar dasar kandungan.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Pembangun Aplikasi Kini Boleh Sekat 'Sideload' Lebih Mudah, Paksa Muat Turun Dari Google Play Sahaja
  • Pelan Google One Lite Kini Tersedia Di Beberapa Negara, Harga Lebih Mampu Milik
  • Google Kemas Kini Antara Muka Play Store Apabila Memasang Aplikasi

Sumber: Internet Archive

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY