Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store_2

Pembangun Aplikasi Kini Boleh Sekat ‘Sideload’ Lebih Mudah, Paksa Muat Turun Dari Google Play Sahaja

Diterbitkan September 11, 2024 · Dikemas kini September 11, 2024 oleh ariff bukhari

Memasang aplikasi secara “muat sisi” (sideload) mungkin menjadi pilihan sebahagian pengguna Android.

Tapi aplikasi yang dipasang secara tidak betul boleh menyebabkan peranti tergendala (crash) kerana kehilangan aset atau kod, atau ia mungkin kehilangan ciri tertentu kerana anda memasang versi yang salah untuk peranti anda.

Malah aplikasi sideload tidak akan menyumbang kepada metrik Google Play Store pembangun.

Jadi, pembangun yang ingin menghalang anda daripada sideload aplikasi mereka kini mempunyai cara yang lebih mudah untuk berbuat demikian dengan adanya Play Integrity API.

Google Play Integrity API ialah antara muka yang membantu pembangun “menyemak sama ada interaksi dan permintaan pelayan datang daripada binari aplikasi tulen yang dibangunkan mereka berjalan pada peranti Android tulen.”

Ia mengesan bukti jika aplikasi itu telah diganggu, berjalan dalam persekitaran perisian yang “tidak boleh dipercayai”, peranti telah mendayakan Google Play Protect dan banyak lagi.

Pembangun Aplikasi Kini Boleh Sekat ‘Sideload’ Lebih Mudah, Paksa Muat Turun Dari Google Play Sahaja

Seperti yang anda dapat lihat pada rajah di atas, ciri yang telah diumumkan di Persidangan pembangun Google I/O pada bulan Mei lalu menunjukkan keupayaan aplikasi untuk menunjukkan dialog “pemulihan” (“remediation”) tertentu apabila terdapat isu dengan integriti.

Kotak dialog pemulihan memberitahu anda untuk “get this app from Play” untuk terus menggunakannya.

Terdapat pilihan untuk menutup dialog, tetapi tiada cara untuk memintasnya sepenuhnya.

Jika anda menutup dialog pula, respons dihantar kepada aplikasi yang memberitahu pembangun supaya mereka boleh memutuskan sama ada untuk terus menyekat akses.

Jika anda teruskan dengan pilihan “get app”, aplikasi itu akan dibuka dari Google Play dengan butang “install from Play” dipaparkan, menggantikan paparan butang “install” yang biasa dilihat.

Jadi, apabila anda memilih untuk memasang aplikasi itu dari Play Store, versi aplikasi yang “tidak dikenali” (unrecognized) akan dialih keluar bersama-sama dengan data-data berkaitan.

Google terus berusaha memperkukuhkan mekanisme pengesanan Play Integrity dan ciri baharu yang akan menjadi semakin sukar bagi pengguna mahir untuk rooting Android.

Tetapi pengguna umum akan dilindungi dengan lebih baik daripada interaksi yang berpotensi berisiko.

Sumber:Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Singapura Akan Sekat Pengguna Android 'Sideload' Aplikasi
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY