Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian: Apple Kumpul Data Pengguna Paling Sedikit Berbanding Twitter, Google

Kajian: Apple Kumpul Data Pengguna Paling Sedikit Berbanding Twitter, Google

Diterbitkan Ogos 25, 2022 · Dikemas kini Ogos 26, 2022 oleh Amalina Athman

Analisis terbaharu menunjukkan antara gergasi teknologi yang ada ketika ini, Apple adalah antara syarikat yang mengumpul data pengguna yang lebih sedikit, jika dibandingkan dengan Google, Facebook, Amazon, dan Twitter.

Melalui kajian tersebut, ia mengukur berapa banyak mata bagi data yang dikumpul oleh setiap syarikat daripada penggunanya. Kajian itu mendapati Google mendahului senarai dengan sejumlah 39 mata untuk setiap penggunanya. Twitter dan Amazon masing-masing mengumpul 24 dan 23 mata untuk setiap pengguna.

Kajian: Apple Kumpul Data Pengguna Paling Sedikit Berbanding Twitter, Google

Agak mengejutkan, Facebook yang sebelum ini sering dikaitkan dengan penjejakan data pengguna, hanya mengumpul 14 mata. Apple pula berada di tangga terbawah dalam senarai dengan 12 mata yang dikumpul untuk setiap pengguna.

Berkaitan

  • Hati-Hati, Meta Jumpa Jalan Untuk Kumpul Data Pengguna Tanpa Lalui 'Ask App Not To Track'
  • Apple Beri Amaran, Kecacatan Keselamatan Ditemui Pada iPhone
  • VPN Pada iOS Sebenarnya 'Scam' Dan Apple Sendiri Tahu - Penyelidik

Tidak seperti Google, Apple kebiasaannya lebih banyak bergantung pada pembelajaran mesin (machine learning) dan algoritma untuk menentukan sesuatu ciri pada peranti, seperti pengesyoran muzik untuk setiap pengguna di Apple Music.

Walaupun Apple mengumpul data paling sedikit daripada penggunanya, ia menyukarkan syarikat lain, seperti Google dan Facebook, untuk mengumpul data daripada pengguna ‌iPhone‌. Pada tahun 2020, Apple melancarkan App Tracking Transparency (ATT), di mana ia menawarkan pilihan kepada pengguna sama ada mereka ingin dijejaki merentas aplikasi atau sebaliknya. Facebook adalah antara syarikat yang lantang bersuara untuk menentang pelaksanaan ATT tersebut.

Sumber: India Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY