Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google App Store

Tiada Kemaskini Aplikasi Google Di App Store Sejak Apple Perkenal Label Privasi Baru

Diterbitkan Januari 6, 2021 · Dikemas kini Januari 6, 2021 oleh Amalina Athman

Pada bulan lalu, Apple telah memperkenalkan label privasi baru di App Store bagi memudahkan pengguna untuk mengetahui jenis data yang dikumpulkan oleh pembangun aplikasi dan jika data tersebut digunakan untuk menjejak mereka.

Berikutan itu, bermula 8 Disember 2020, pembangun diminta memberikan maklumat tersebut kepada Apple ketika menyerahkan aplikasi baru atau kemas kini aplikasi.

Terbaru, Google dilaporkan tidak melakukan sebarang kemas kini bagi mana-mana aplikasi di iPhone dan iPad sejak label privasi baru diperkenalkan. Laporan dari Fast Company menyatakan kali terakhir Google melakukan kemas kini pada aplikasi seperti Gmail, Chrome dan Youtube adalah pada 7 Disember 2020.

Aplikasi lain seperti Google Home pada 5 Disember, Google Photos dan Google Assistant (2 Disember), Google Maps dan Gmail pada 1 Disember serta Google Chrome terakhir dikemaskini pada 30 November 2020.

Sebagai perbandingan, Google telah melakukan kemas kini bagi aplikasi di Play Store selepas 8 Disember 2020. Antara termasuk aplikasi Gmail pada 16 Disember, YouTube (21 Disember), Google Duo (15 Disember) dan Google Maps pada 14 Disember.

Google App Store privasi

Pada masa ini, semua aplikasi Google di App Store menunjukkan tiada data yang disediakan di bahagian label privasi.

Dalam pada itu, tindakan Google ini dikatakan mungkin cuba untuk melengahkan paparan maklumat label privasinya, terutamanya apabila Facebook menerima respon yang negatif setelah memaparkan label privasi yang panjang.

Got a finger cramp scrolling through Facebook's new privacy section on the App Store… pic.twitter.com/QVWAhN1Dxe

— MacRumors.com (@MacRumors) December 15, 2020

Sudah pasti, cepat atau lambat Google perlu mengemas kini aplikasi di App Store. Ia mungkin menjadi lebih menarik untuk melihat label privasi yang akan mendedahkan maklumat yang dikumpul oleh pihak Google.

Google menerusi kenyataan yang baru dikeluarkan menyatakan pihaknya tidak menentang label privasi Apple dan dalam perancangan untuk menambahkan data privasi ke katalog aplikasi iOS seawal minggu ini.

Sumber: MacRumors

Kemaskini 9.23 pagi, 6 Januari 2021: Penambahan kenyataan pihak Google.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY