Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NEARBY SHARE

Google Sahkan Nearby Share Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Julai 1, 2020 oleh Amalina Athman

Selepas beberapa bulan khabar angin berlegar, Google kini mengesahkan ciri “Nearby Share” akan dilancarkan tidak lama lagi. Berfungsi seakan Apple AirDrop, ia membolehkan pengguna Android berkongsi fail antara satu sama lain dengan lebih mudah dan pantas.

Nearby Share
Android Police

Antara perkongsian yang boleh dilakukan melalui Nearby Share termasuk video, gambar, pautan dan juga ciapan Twitter. Bagaimanapun, pengguna tidak boleh menggunakan fungsi itu untuk menghantar sebarang data kepada orang luar. Seperti AirDrop, ia perlu ditetapkan “visibility” terlebih dahulu.

Google Sahkan Nearby Share Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Ujian beta bagi Nearby Share juga telah dilepaskan kepada beberapa pengguna Android melalui Google Play Services (beta). Menurut Google,

“We’re currently conducting a beta test of a new Nearby Share feature that we plan to share more information on in the future. Our goal is to launch the feature with support for Android 6+ devices as well as other platforms.”

Pada masa ini, Samsung telah membangunkan fungsi yang sama iaitu Quick Share, yang membolehkan perkongsian fail sehingga lima orang dalam satu masa. Namun, kelebihan bagi Nearby Share adalah ia boleh digunakan untuk semua peranti Android, sementara Quick Share hanya boleh digunakan untuk peranti Samsung sahaja.

Sumber: Android Police

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY