Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel 3 Mungkin Bakal Diperkenalkan Pada 9 Oktober Ini

Google Pixel 3 Mungkin Bakal Diperkenalkan Pada 9 Oktober Ini

Diterbitkan September 14, 2018 · Dikemas kini September 14, 2018 oleh Haikel Areff

Salah satu daripada peranti yang ditunggu-tunggu pada tahun ini, Google Pixel 3 dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada 9 Oktober ini. Ia berikutan kemunculan satu laman acah untuk peranti tersebut di laman Google Store baru-baru ini.

Screen Shot 2018-09-14 at 11.53.53 AM

Walaupun Google belum mengesahkan bahawa Google Pixel 3 akan dirasmikan pada tarikh berkenaan, satu imej GIF berbentuk jemputan telah didedahkan atas talian menguatkan lagi spekulasi ini.

Google Pixel 3 Mungkin Bakal Diperkenalkan Pada 9 Oktober Ini

Google sebelum ini mengesahkan mereka akan mengadakan satu majlis untuk melancarkan produk baru yang masih dirahsiakan di New York pada 9 Oktober kelak. Akan tetapi, angka 3 dalam tulisan “I <3 NY” dalam imej GIF itu makin mengukuhkan lagi dakwaan Google Pixel 3 ini.

Apa pun, kita perlu menunggu sehingga 9 Oktober untuk mengetahui sama ada ura-ura ini benar atau pun tidak. Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY