Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel 3 Lite XL Disenarai Dengan 6GB RAM, Snapdragon 710

Google Pixel 3 Lite XL Disenarai Dengan 6GB RAM, Snapdragon 710

Diterbitkan Januari 16, 2019 · Dikemas kini Januari 16, 2019 oleh Haikel Areff

Google Pixel adalah salah satu siri yang sering menjadi pilihan, malah pada kebanyakan pengkritik telefon pintar antarabangsa.

Ini kerana bagi mereka, model Pixel menawarkan pengalaman Android terbaik serta sistem kamera yang sangat cemerlang.

Pada tahun lepas, Google telah melancarkan dua model Pixel baharu iaitu Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL. Kini, muncul pula ura-ura mereka ingin melancarkan model Pixel 3 Lite XL pula.

Screenshot 2019-01-16 at 9.33.27 AM
Geekbench

Ia berdasarkan satu penyenaraian model dengan kod nama Foxconn Pixel 3 XL di laman Geekbench baru-baru ini.

Baca juga: Pengkritik iPhone Tempatan Ini Kongsi Cara Bagaimana Untuk Jadi Pengguna Google Pixel 3 Terawal

Menurut keputusan ujian yang dijalankan di laman penanda aras tersebut, peranti berkenaan akan hadir dengan cip Snapdragon 710, memori 6GB dan dijalankan dengan Android 9 Pie.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda mungkin perlu mencari pengedar pihak ketiga atau beli secara atas talian sendiri kerana Pixel tidak ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

 

Sumber: Times Now News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
©2026 WISER.MY