Pengkritik iPhone Tempatan Ini Kongsi Cara Bagaimana Untuk Jadi Pengguna Google Pixel 3 Terawal

Sejak Google melancarkan Pixel 3 dan Pixel 3XL, kami dapati ramai di antara pembaca berminat untuk memilikinya. Namun, keluhan yang sering didengari ialah Google Pixel tidak masuk ke pasaran tempatan secara rasmi. Ini bermakna anda perlu membelinya dari negara luar melalui pembekal tempatan.

Perkara ini telah dikongsikan buat pertama kali oleh salah seorang penulis popular Twitter, Xaviernaxa di laman webnya, ifon.my.

Menurutnya, anda hanya perlu ke laman Google Shop dan mempunyai akaun Ezipoz sahaja. Akaun Ezipoz diperlukan bagi mendapatkan alamat anda di Amerika Syarikat(AS). Ia wajib dilakukan bagi membolehkan cara ini berjaya. Pertama sekali, anda perlu buka pautan Google Shop ini dan pilih spesifikasi dan ciri peranti yang anda mahukan.

Selesai memasukkan Pixel anda ke dalam kart belian, anda akan diminta untuk memasukkan alamat Amerika Syarikat(AS). Disinilah akaun Ezipoz memainkan peranan penting.

Mendaftar dengan Ezipoz ini amat mudah sehinggakan penulis hanya perlukan lebih kurang 2 minit sahaja untuk selesai proses pendaftaran. Selesai mendaftar, klik pada My Adresses dan alamat maya anda di Amerika akan dipaparkan iaitu bertempat di Portland.

Selesai sudah proses belian Pixel 3 dan Pixel 3XL anda dari laman Google Store. Peranti tersebut akan dihantar ke alamat di bawah dan anda akan dimaklumkan melalui kiriman e-mel sebaik ia tiba di alamat berkenaan.

Selepas itu, Ezipoz akan mengeluarkan satu dokumen atas talian bagi kegunaan anda untuk pengisytiharan barangan yang dibeli. Ezipoz akan mengeluarkan invois bagi anda menjelaskan bayaran pengeposan sebelum Pixel anda dihantar ke alamat anda di Malaysia.

Dari segi bayaran pula, menurut nilai tukaran matawang asing semasa, Google Pixel 3 berharga ~RM 3,336(64GB) & ~RM 3,753(128GB) manakala Google Pixel 3XL pula berharga ~RM 3,753(64GB) & ~RM 4,170(128GB). Harga ini tidak termasuk cukai dan bayaran penghantaran.

Memandangkan pembelian cara ini melibatkan Ezipoz yang dikelolai oleh Pos Malaysia, anda boleh meletakkan kepercayaan yang tinggi walaupun bukanlah 100% dijamin. Sekiranya berlaku sebarang masalah, anda boleh mengadukannya kepada pihak Pos Malaysia.

Cara ini juga boleh dilakukan untuk anda dapatkan peranti-peranti Pixel terdahulu seperti Pixel 2 dan Pixel 2 XL.

Tidak cukup mudah? Malas nak fikir pasal penghantaran dan pendaftaran yang rumit?

Anda juga boleh dapatkan Pixel anda melalui salah seorang pengguna Facebook dan ahli Google Pixel Phone Malaysia, Mohd Azrie. Menurut beliau, segala urusan berkenaan penghantaran dan kastam akan diuruskan dan menurut beliau barangan yang dibeli adalah 100% asli.

Beliau hanya mengambil sedikit upah serta bayaran penghantaran sebanyak RM30. Untuk anda yang berminat untuk berurusan dengannya boleh hubungi beliau di talian yang tertera pada gambar di atas.

Walaupun penulis sendiri tidak pasti samada ia 100% selamat, beliau dilihat sebagai pembekal yang dipercayai memandangkan beberapa orang menyatakan pernah berurusan dengan beliau sebelum ini.

Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini, semoga segala urusan jual beli anda dapat diselesaikan dengan selamat dan baik.

Sumber : ifon.my   Google Pixel Phone Malaysia

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408