Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Gamer’ Rugi Lebih RM95,000 Ditipu ‘Inspektor Maria’

‘Gamer’ Rugi Lebih RM95,000 Ditipu ‘Inspektor Maria’

Diterbitkan April 13, 2023 · Dikemas kini April 13, 2023 oleh Amalina Athman

Seorang penstrim permainan video dilapor kerugian lebih RM95,000 selepas menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

Berkaitan

  • Kerajaan Peruntukan RM10 Juta Untuk Tangani Isu 'Scam'
  • Lebih 1,700 Aduan Panggilan Scammer Diterima Setiap Bulan Setakat Februari 2023
  • Setiap Hari, 3 Guru Jadi Mangsa 'Online Scam' Tahun 2022

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata wanita berusia 30 tahun itu telah menerima panggilan telefon yang mengaku daripada HQ Pos Malaysia Kuala Lumpur memaklumkan dia telah membuat penghantaran 2 kad ATM, 1 buku cek dan 1 token bank kepada individu tertentu.

Setelah menafikan perkara tersebut, wanita itu telah disambungkan kepada individu yang memperkenal sebagai ‘Inspektor Maria’ dari Bukit Aman, yang memberitahu namanya terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram dan perlu membuat pemindahan wang bagi tujuan audit siasatan.

Lanjutan itu, dia telah membuat lima transaksi pindahan wang ke akaun berasingan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM95,700. Difahamkan, penipuan itu hanya disedari setelah menceritakan perkara tersebut kepada rakannya.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan segala taktik penipuan jenayah scammer. Jika terdapat sebarang pertanyaan yang berkaitan, hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.

Sumber: BERNAMA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
©2026 WISER.MY