Google Pertingkatkan Ciri 'Site Isolation' Pada Pelayar Chrome 77

Aplikasi pelayar Google Chrome di Android juga kini dilengkapi ciri tersebut.


Google hari ini telah memaklumkan bahawa mereka telah menambah baik ciri keselamatan terbina dalam pada pelayar Chrome. Secara khususnya terhadap ciri yang dikenali sebagai 'Site Isolation'.

Site Isolation pertama kali diperkenalkan pada pelayar Chrome versi 67 dlam bulan Julai tahun lalu  bertujuan untuk menghalang risiko serangan penggodaman seperti isu yang pernah hangat diperkatakan iaitu Spectre.

Kini menerusi versi Google Chrome 77, ciri tersebut dipertingkatkan lagi serta turut diaplikasikan pada Chrome untuk pengguna peranti Android.

Chrome for Android has enabled Site Isolation for sites where users enter passwords. On desktop platforms, Site Isolation now helps defend against attacks from fully compromised renderer processes, not just side-channel attacks.". Google.

Malah Google juga mendakwa, pelayar mereka ini memberikan ciri keselamatan yang paling efektif terhadap serangan Spectre atau serangan yang mengeksplotasi kelemahan cip pemprosesan.

Walaubagaimanapun, kesan negatif terhadap ciri Site Isolation ini adalah ia menggunakan sumber RAM yang sangat tinggi dan sesetengah komputer khususnya model-model terdahulu mungkin tidak dapat memberikan prestasi terbaik kepada penggunanya.

Berkaitan