Google Umum Acara Pelancaran Pixel 8 Pada 4 Oktober

Selepas 24 jam Apple mengesahkan acara iPhone 15, Google kini mengumumkan acara 'Made By Google' akan diadakan pada 4 Oktober 2023 bertempat di New York City.

{suggest}

Melalui acara itu nanti, Google dijangka memperkenal sejumlah produk, termasuk siri Pixel 8 dan Pixel Watch 2.

https://twitter.com/madebygoogle/status/1696931596681752928

Setakat ini, spekulasi mengatakan Pixel 8 Pro akan menggunakan cip Tensor G3 dengan 12GB RAM dan pilihan storan sehingga 256GB. Selain itu, ia berkemungkinan hadir dengan tetapan tiga kamera terdiri daripada 50MP utama, 64MP ultra-lebar dan 48MP swafoto.

Namun, untuk pengesahan mengenainya, nantikan acara yang bakal diadakan pada 4 Oktober depan. Sama seperti tahun lalu, acara itu bakal berlangsung 10.00 malam waktu tempatan dan siaran langsung boleh ditonton melalui laman rasmi Google atau YouTube.

Sumber: Google