Walaubagaimanapun, Gmail masih lagi kekurangan beberapa fungsi penting dalam perkhidmatan yang disediakan. Antara fungsi yang masih belum tersedia pada laman Gmail ialah pengguna tidak dapat menjadualkan imej untuk dihantar.
Ianya hanya akan dapat dilakukan sekiranya pengguna Gmail menggunakan aplikasi dari pihak ke-tiga yang perlu dimuat-turun secara berasingan. Perkara ini dikatakan agak menyukarkan pengguna malah tidak semua aplikasi yang dimuat-turun berjaya berfungsi seperti yang diharapkan.
Dengan adanya fungsi ini nanti, pengguna tidak lagi perlu menunggu untuk masa yang sesuai bagi menghantar e-mel kepada penerima. Pihak Android Police yang telah mendedahkan berkenaan fungsi ini mendakwa, ia mungkin akan dapat digunakan seawal minggu ini atau selewat-lewatnya beberapa bulan mendatang.
Ini kerana mereka masih gagal untuk mendapatkan maklumat berkaitan tarikh sebenar pelancaran fungsi ini untuk kegunaan pengguna Gmail. Fungsi ini dilaporkan akan hadir pada laman sesawang Gmail di komputer serta aplikasi mudah alih mereka bagi peranti iOS dan Android.
Sumber
Berkaitan
- Jaket Pintar Ciptaan Google dan Levi's Ini Tersangatlah Cool
- Google Hadiahkan Lebih Daripada RM 143 Ribu Kepada Seorang Remaja Dari Uruguay
- Google Memisahkan Aplikasi Hangout Kepada 'Meet' Dan 'Chat'
- Google Lantik Bekas Pegawai Apple Dalam Usaha Membawa Fuchsia Ke Pasaran
- Imej Tertiris Google Pixel 3 XL Dedahkan Peranti Berkenaan Bakal Hadir Dengan Rekaan Takuk
- Suara John Legend Akan Hadir ke Google Assistant Bersama Lima Suara Yang Lain
- Persoalan Sudah Terjawab, Peranti Huawei Tanpa Servis Google, Ini Respon Pihak Huawei
- Google Pixel 3 XL Terima Penarafan A+ Tertinggi Dari DisplayMate, Ambil Alih Kedudukan iPhone XS Max
- Lebih 200 Aplikasi Di Google Play Store Mengandungi "Adware"
- Google Jadikan Chrome 15% Lebih Pantas Untuk Windows