Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Memperkenal Family Link, Aplikasi Pantau Peranti Anak-Anak

Posted on Mac 18, 2017Julai 20, 2017

Sebagai ibu bapa pastinya kita mahukan penjagaan yang sempurna untuk anak, lebih-lebih lagi dizaman moden ini. Adakah kamu tahu apa yang anak-anak layari atau lakukan ketika bermain telefon pintar?

Mungkin agak mustahil untuk mengawal tindak-tanduk anak-anak bagi ibu bapa yang bekerja akibat kekangan masa.

Justeru itu, sebuah aplikasi untuk memantau aktiviti anak-anak pada peranti telah dilancarkan oleh Google. Dikenali sebagai Family Link,ia membolehkan ibu bapa mengawal apa yang dilakukan anak-anak ketika menggunakan peranti.

Anda hanya perlu mendaftar akaun Google untuk anak menerusi Family Link, dan berikut adalah apa yang ditawarkan aplikasi ini:

  • Urus aplikasi telefon pintar anak anda
    • Membenarkan atau menghalang sesuatu aplikasi dari dimuat turun oleh peranti anak-anak

  • Pantau jangka masa penggunaan peranti oleh anak
    • Lihat berapa lama jangka masa yang dihabiskan anak-anak untuk bermain dengan aplikasi tertentu. Laporan aktiviti secara mingguan atau bulanan turut dipaparkan. Anda boleh tetapkan jangka masa aktif skrin peranti anak-anak.

  • Tetapkan masa tidur peranti
    • Kunci skrin peranti anak-anak secara jarak jauh jika telah masuk waktu untuk mereka, belajar ataupun tidur.

 

Family Link dibangunkan dengan fokus utama memantau kanak-kanak dibawah umur 13 tahun. Selepas mereka melebihi umur tersebut, ibu bapa mempunyai pilihan sama ada ingin meneruskan aplikasi itu ataupun tidak.

Sila klik untuk muat turun aplikasi: Android, iOS

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress