Selain melakukan navigasi secara biasa dengan melihat peta, Google Maps juga turut menawarkan fungsi navigasi melalui realiti terimbuh (AR) iaitu Live View.
Live View akan menggunakan kamera dan juga menyertakan arah anak panah untuk ke destinasi yang dituju.
Tidak lama lagi, Google bakal menambah mercu tanda pula dalam Live View bagi memudahkan lagi pengalaman navigasi.
Mercu tanda ini termasuklah juga kawasan atau struktur ikonik di kawasan anda.
Antara ciri lain yang turut ditambah adalah Location Sharing untuk kesemua telefon Android dan iOS, serta pin dalam peta yang lebih tepat.
Untuk mercu tanda dalam Live View ini, ia akan tersedia secara kemaskini untuk bandar seluruh dunia termasuk juga Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Sumber: Blog Google
Berkaitan
- Cara Muat Turun Gambar Pemandangan Menakjubkan Google Earth
- Google Secara Tidak Sengaja Dedahkan Rekaan Pixel 4a Di Laman Web Mereka
- Prestasi Google Pixel 5 Adalah Lebih Perlahan Berbanding Pixel 4, Hanya Dijana Snapdragon 765G
- Google Memperincikan Fungsi Ambient Mode Melalui Video
- Google Pixel 4a Akan Gunakan Rekaan Kamera Punch-Hole Dan Juga Satu Kamera Belakang
- Pilihan Raya AS, Google Classroom, Dan BPN Merupakan Carian Paling Tinggi Sepanjang 2020 Di Malaysia
- Aplikasi AnTuTu Dibuang Dari Google Play Store, Ini Penjelasan Mereka
- Google Tawar Bayaran Tinggi Untuk Samsung Gunakan Google Assistant Dan Bukannya Bixby
- Google Memperkenal Ciri Terjemahan Audio Pada Google Maps
- Pixel 4 Tidak Mempunyai Ciri Rakaman 4K Pada 60fps, Ini Adalah Alasan Google