Untuk anda yang mengimpikan cip pantas flagship pada Pixel 5, kelihatannya ia tidak akan menjadi realiti disebabkan Pixel 5 kelak hanya akan dijana Snapdragon 765G.
Apa yang paling mengejutkan adalah Google telah membuang ciri 'Project Soli' pada Face Unlock Pixel 4 dan hanya menyertakan pengimbas cap jari sahaja di belakang telefon.
Melihatkan itu, Pixel 5 kelihatan biasa-biasa sahaja dan tidak menampakkan perbezaan spesifikasi yang jauh berbanding Pixel 4.
Beberapa laporan telah mula menyatakan bahawa Pixel 5 akan hadir dengan saiz 6 inci yang lebih besar dengan Pixel 4a, namun akan dimuatkan dengan resolusi lebih tinggi QHD+ OLED.
Kadar segar semula 90Hz akan membuat kemunculan semula memberikan satu pengalaman skrin eksklusif sedikit berbeza dengan model bajet Pixel yang lain.
Bahagian bateri pula tidak diperkatakan secara spesifik, namun ada menyebut akan lebih besar berbanding pada Pixel 4 yang mempunyai kapasiti 2,800mAh.
RAM Pixel 5 akan dimuatkan dengan 8GB RAM manakala storan dalaman pula bermula 128GB.
Walaupun cipnya hanya Snapdragon 765G, ia memberikan satu kelebihan utama dari segi aspek bateri kerana jimat tenaga. Namun, dari segi prestasi ia terpaksa dikorbankan bermakna untuk anda yang kaki main permainan, mungkin Pixel 5 tidak sesuai untuk anda.
Apa pendapat anda mengenai penggunaan cip Snapdragon 765G ini dan bukannya cip kelas mercu?
Sumber: Android Police, Android Central, 9to5Google
Berkaitan
- Huawei Y6p Dijual Pada Harga RM559 - Peranti Cip Helio P22 Dengan Bateri 5000mAh
- Samsung Umum Sensor 50MP ISOCELL GN1 - Auto Fokus Lebih Pantas Dan Low Light Lebih Baik
- Oppo Bakal Melancarkan Peranti Pertama Dengan Rangkaian 5G Dwi-Mod Hujung Tahun Ini
- Moto G 5G Plus Dilancarkan - Peranti Pertama Untuk Siri G Motorola Dengan Sokongan 5G
- Sony Xperia L4 Dilancarkan - Paparan Nisbah 21:9, Helio P22, Dan Bateri 3850mAh
- vivo S7 Diumumkan - Satu Lagi Peranti Snapdragon 765G Dan Tri-Kamera 64MP
- Perlu Muat Turun Aplikasi MySejahtera Untuk Terima RM50 Dari Kerajaan
- OPPO Umum Find X2 Lite - Kelas Pertengahan Snapdragon 765, 6.4" OLED 60Hz Dan 4000mAh
- Motorola Moto G9 Hadir Dengan Snapdragon 662, Bateri 5000mAh Serta Pengecasan 20W
- OPPO Ace2 Dilancarkan - Snapdragon 865, Pengecasan Tanpa Wayar 40W, Harga Bermula Sekitar RM2454