Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung galaxy s20

Google Tawar Bayaran Tinggi Untuk Samsung Gunakan Google Assistant Dan Bukannya Bixby

Diterbitkan Julai 29, 2020 ยท Dikemas kini Julai 29, 2020 oleh Meor Hasyim

Bixby merupakan pembantu maya dalam peranti pintar Samsung. Walau bagaimanapun ramai pengguna kurang suka dengannya dan lebih memilih Google Assistant yang lebih mesra dan juga boleh didapati pada lebih banyak platform.

Melalui laporan dari Bloomberg, Google dikatakan sedang tawar menawar untuk mempromosikan penggunaan servis dan perhidmatan Google dalam peranti Samsung.

Bukan sahaja pengalaman pelayar web akan lebih mengutamakan Google, akan tetapi keutamaan juga turut diberikan kepada Google Assistant dan Play Store untuk menggantikan Bixby serta Galaxy Store.

Sudah tentu Google dilihat lebih mempunyai kelebihan dalam ‘perjanjian’ ini dalam jangka masa panjang. Ditambah lagi Samsung merupakan antara pengeluar terbesar dari segi unit jualan peranti pintar di seluruh dunia.

Namun, untuk kepentingan Samsung, sudah tentu mereka tidak bersenang-lenang untuk melepaskan sebahagian dari ekosistem mereka ini.

Menurut wakil dari syarikat Samsung, buat masa ini mereka mahu komited untuk terus menggunakan ekosistem mereka.

Pada masa yang sama, mahu kekal bekerjasama dengan Google untuk menawarkan pengalaman peranti pintar yang terbaik untuk pengguna mereka.

Sebagai makluman, Google membayar Apple berbillion USD setiap tahun supaya Apple mengekalkan enjian carian Google pada pelayar Safari mereka.

Sumber: Bloomberg

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY