Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi AnTuTu Dibuang Dari Google Play Store, Ini Penjelasan Mereka

Aplikasi AnTuTu Dibuang Dari Google Play Store, Ini Penjelasan Mereka

Diterbitkan Mac 9, 2020 · Dikemas kini Mac 9, 2020 oleh Meor Hasyim

Sebelum ini dilaporkan pihak Google telah membuang aplikasi ukur aras prestasi AnTuTu dari Play Store. Terdapat 3 aplikasi yang berkaitan iaitu AnTuTu 3D Bench, AnTuTu Benchmark, dan juga AITuTu Benchmark. Dikatakan faktor pembuangan adalah disebabkan pelanggaran polisi oleh pemilik aplikasi tersebut iaitu Cheetah Mobile.

Terbaru, pengurus pemasaran global Antutu, Amelie Liu, telah memberikan penjelasan apa sebenarnya yang terjadi. Menurutnya, terdapat salah faham di sebalik semua ini kerana pihak Antutu tidak berkait langsung secara operasi dengan Cheetah Mobile.

Tambahannya, Antutu telah diasaskan pada tahun 2011, lebih awal lagi dari Cheetah Mobile. Pada tahun 2014, pihak Cheetah Mobile melabur dalam pembangunan Antutu dan menjadi sebahagian daripada pemegang saham mereka.

Walau bagaimanapun, syarikat Cheetah Mobile beroperasi secara bebas dan tidak terikat dengan syarikat Antutu. Malahan, Cheetah Mobile juga tidak pernah menyentuh akaun Google Play Antutu.

Pihak Antutu percaya alasan di sebalik pembuangan aplikasi mereka adalah disebabkan kekeliruan alamat pautan yang digunakan untuk polisi privasi dan juga pembelian dan penggunaan servis dari Cheetah Mobile.

Buat masa ini, Antutu cuba untuk mencari pembekal servis selain dari Cheetah Mobile untuk meyakinkan Google supaya dapat mengembalikan semula aplikasi mereka.

Dengan pada itu, mungkin dalam tidak lama lagi, aplikasi AnTuTu akan kembali semula ke Google Play Store untuk dimuat turun. Untuk sementara waktu jika ada yang mahu memuat turun aplikasi mereka, boleh juga pergi laman rasmi mereka dan memasangnya seperti biasa.

Sumber: GizChina

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY