Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google pixel 4a

Google Pixel 4a Akan Gunakan Rekaan Kamera Punch-Hole Dan Juga Satu Kamera Belakang

Diterbitkan Disember 29, 2019 · Dikemas kini Disember 29, 2019 oleh Meor Hasyim

Kecewa dengan Google Pixel 4/4 XL dan menantikan Pixel 4a? Tak perlu menunggu lama lagi kerana imej yang dikatakan peranti tersebut telah mula dimuat naik ke  internet.

Menurut sumber @Onleaks dan 91Mobiles, Google Pixel 4a masih lagi mengekalkan DNA rekaan Pixel 4/4 XL dengan menggunakan rekaan modul kamera belakang. Melihat dengan lebih dekat, hanya terdapat satu sahaja kamera belakang.

Google Pixel 4a Akan Gunakan Rekaan Kamera Punch-Hole Dan Juga Satu Kamera Belakang
Foto melalui 91Mobiles

Peranti masih lagi mengekalkan bicu 3.5mm, pengimbas cap jari pada bahagian belakang, dan juga pembesar suara menghala ke bawah.

Bahagian hadapan peranti lebih menarik. Ia tidak menggunakan bezel tebal atau takuk, sebaliknya memuatkan rekaan kamera punch-hole yang mempunyai satu sahaja lensa swafoto.

Google Pixel 4a Akan Gunakan Rekaan Kamera Punch-Hole Dan Juga Satu Kamera Belakang
Foto melalui 91Mobiles

Dikatakan paparan akan bersaiz sekitar 5.7 – 5.8 inci, iaitu kecil untuk saiz standard sesebuah peranti. Namun perlu diingatkan kemungkinan besar ada Pixel 4a XL jika mahukan saiz paparan yang lebih besar.

Sumber: 91Mobiles, @Onleaks

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY