Dengan menawarkan kembali Google Maps pada Apple Watch, ia dapat membantu pengguna untuk menavigasi kereta, basikal, jalan kaki atau menggunakan kenderaan awam. Aplikasi ini turut menyediakan ETA dan penunjuk arah untuk destinasi yang telah disimpan.
Sementara, pengguna perlu memulakannya dari telefon bagi lokasi yang masih belum disimpan dan kemudian menyambungnya dengan menggunakan Apple Watch.
Dalam pada itu, Google turut menambah sokongan Maps untuk Apple CarPlay Dashboard, yang membolehkan pengguna mengawal muzik, podcast dan audiobooks. Semakan temujanji di kalendar juga boleh dilakukan tanpa perlu meninggalkan navigasi Google Maps yang menjadikan paparan skrin terbahagi kepada dua (split screen).
Menurut Google, Maps pada CarPlay Dashboard akan mula dilepaskan pada minggu ini. Manakala bagi Apple Watch pula akan dilepaskan secara global dalam beberapa minggu lagi.
Sumber: Google via GSMArena
Berkaitan
- Katalog Apple Music Kini Mempunyai 100 Juta Lagu
- Apple Watch Series 9 Dikatakan Akan Ada Pilihan Warna Baru
- Mulai Julai, TH Hanya Benar Pindah Wang Simpanan Ke Akaun Bank Sendiri Sahaja
- Twitter Spaces Bakal Hadir Dengan Versi Web
- Belanjawan 2023: Kerajaan Umum Kredit e-Tunai Belia Rahmah Sebanyak RM200
- Disney+ Hotstar Perkenal Pelan Baharu, Langganan Sedia Ada Naik Harga
- WhatsApp Tambah Pintasan Format Teks Baharu, Ini Caranya
- Tiada Elemen Risiko Jika Beri Nombor Akaun Bank Semata-Mata - Polis
- Tak Perlu Guna Aplikasi Lain, Akhirnya Ciri Yang Ditunggu-Tunggu Kini Hadir Pada Aplikasi Photos iOS 16
- Permohonan eBeliaRahmah Dibuka Mulai 26 Jun, Ini Yang Perlu Diketahui