Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tak Perlu Guna Aplikasi Lain, Akhirnya Ciri Yang Ditunggu-Tunggu Kini Hadir Pada Aplikasi Photos iOS 16

Tak Perlu Guna Aplikasi Lain, Akhirnya Ciri Yang Ditunggu-Tunggu Kini Hadir Pada Aplikasi Photos iOS 16

Diterbitkan September 14, 2022 · Dikemas kini September 14, 2022 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, Apple telah melepaskan kemas kini iOS 16 pada 13 September. Melaluinya, sejumlah ciri dan fungsi baharu telah diperkenalkan termasuk penyesuaian Lock Screen, suntingan mesej pada aplikasi iMessage dan sebagainya.

Tidak hanya itu, melalui iOS 16 juga, Apple kini telah memperkenalkan ciri baharu untuk aplikasi Photos, termasuk ‘Copy and Paste Edits’.

Melalui ciri copy and paste edits, ianya berguna jika anda mempunyai suntingan khusus untuk semua imej atau mempunyai sekumpulan foto iPhone yang diambil pada masa yang sama dan seterusnya ingin menggunakan suntingan yang sama.

Berkaitan

  • iOS 16 Sedia Untuk Dikemas Kini, Ini Senarai Model iPhone Yang Menyokongnya
  • Cara Paparkan Peratusan Bateri Pada 'Lock Screen' Di iOS 16
  • Apple Sahkan Paparan Peratusan Bateri Tidak Akan Tersedia Untuk Senarai Model Ini
  • Google Perkenal Widget Untuk Skrin Kunci iOS 16

Sebelum ini, membuat salinan dan tampalan (copy and paste) suntingan gambar dengan cara berkenaan memerlukan aplikasi pihak ketiga, tetapi dengan iOS 16 ianya boleh dilakukan secara terus dalam aplikasi Photos.

Dalam erti kata lain, anda kini boleh membuat salinan suntingan pada gambar pertama dan kemudian menampal suntingan tersebut pada gambar kedua. Tidak hanya terhad kepada gambar, ianya juga boleh dilakukan bagi suntingan video.

Tak Perlu Guna Aplikasi Lain, Akhirnya Ciri Yang Ditunggu-Tunggu Kini Hadir Pada Aplikasi Photos iOS 16

Caranya adalah terlebih dahulu hasilkan suntingan yang diperlukan pada gambar pertama, kemudian tekan butang tiga titik > Copy Edits pada gambar pertama dan seterusnya pergi ke gambar kedua dan sekali lagi tekan pada butang tiga titik > Paste Edits.

Dengan cara ini, ia dapat menjimatkan masa dan juga storan berikutan tidak lagi perlu menggunakan sebarang aplikasi lain, kerana sudah terbina dalam aplikasi Photos.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY