Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiada Elemen Risiko Jika Beri Nombor Akaun Bank Semata-Mata – Polis

Tiada Elemen Risiko Jika Beri Nombor Akaun Bank Semata-Mata – Polis

Diterbitkan Ogos 2, 2023 oleh Amalina Athman

Pemberian nombor akaun bank semata-mata tidak mempunyai elemen risiko yang boleh menyebabkan berlakunya kecurian.

Berkaitan

  • CelcomDigi Mudahkan Pelanggan Lapor Kes Scam

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pemberian nombor akaun bank dengan kod pengesahan transaksi (TAC) atau kata laluan boleh menyebabkan akaun tersebut diakses secara dalam talian.

Beliau mengulas mengenai mesej tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan terdapat taktik penipuan dengan bertanyakan nombor akaun bagi memasukkan duit untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum.

Tambahnya, pihak bank turut mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti beberapa soalan atau kata kunci yang hanya diketahui pemilik akaun sebelum melakukan sebarang transaksi.

Ramli berkata setakat ini tiada laporan diterima pihaknya berhubung taktik penipuan itu, namun menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam berkongsi maklumat bank kepada orang yang tidak dikenali.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
©2026 WISER.MY