Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Katalog Apple Music Kini Mempunyai 100 Juta Lagu

Katalog Apple Music Kini Mempunyai 100 Juta Lagu

Diterbitkan Oktober 4, 2022 oleh Amalina Athman

Apple kini mengumumkan Apple Music telah mencapai 100 juta lagu dalam katalog platform itu.

Mula dilancarkan pada Jun 2015, Apple Music ketika itu hanya menawarkan 30 juta lagu dalam katalog. Dengan pencapaian 100 juta lagu di Apple Music, ia sekali gus telah mengatasi Spotify yang mempunyai lebih 80 juta lagu, mengikut laman web Spotify.

Berkaitan

  • Apple Naikkan Harga Apple Music Untuk Pelajar Termasuk Di Malaysia
  • Pengguna Waze Kini Boleh Guna Apple Music Tanpa Keluar Navigasi
  • Selepas Malaysia, Harga Apple Music Student Naik Lagi Di Negara Lain

Apple menyatakan, pada 1960-an, hanya 5,000 album baharu yang dilancarkan setiap tahun. Kini, mana-mana artis di seluruh dunia boleh menulis dan merakam lagu serta melancarkannya secara global. Setiap hari, lebih 20,000 penyanyi dan penulis lagu di seluruh dunia telah menghantar lagu baharu kepada Apple Music.

Apple Music 100 juta

Melihat ke arah masa depan, Apple juga memaklumkan akan menambahbaik Apple Music pada masa hadapan.

Di Malaysia, Apple Music ditawarkan pada harga langganan bulanan sebanyak RM14.90 bagi individu dan RM22.90 untuk pelan Family. Sementara itu, pelan pelajar ditawarkan dengan harga langganan RM8.90/sebulan.

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY