Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Mahu Gantikan Tugas Pekerja Pusat Panggilan Dengan Teknologi AI

Google Mahu Gantikan Tugas Pekerja Pusat Panggilan Dengan Teknologi AI

Diterbitkan Julai 25, 2018 oleh Haikel Areff

Google sebelum sering kali mempromosikan teknologi kecerdasan buatan(AI) untuk kegunaan syarikat-syarikat dan perusahaan yang didakwa akan dapat memaksimakan kualiti kerja disamping mengurangkan kos. Kini, mereka sekali lagi menegaskan pendirian mereka berkenaan perkara tersebut.

Mereka dilihat semakin serius untuk menggantikan pekerja manusia dengan teknologi AI di masa hadapan. Dalam satu kiriman di blog mereka semalam, Ketua Saintisnya, Fei-Fei Li menyatakan mereka optimis akan dapat menggunakan teknologi AI sebagai pekerja maya, bermula dengan bertugas di pusat panggilan pada masa akan datang.

Screen Shot 2018-07-25 at 11.15.37 AMTidak mustahil satu hari nanti robot akan menggantikan manusia sebagai pekerja (Kredit : US Scientist)

Projek yang digelar Call Center AI ini dikatakan akan membantu manusia dalam menjawab pertanyaan berulang yang sering ditanyakan kepada pekerja perkhidmatan pelanggan sebelum ini. Li menyatakan menjawab persoalan yang sama berulang kali akan memberi tekanan kerja kepada pekerja dalam bidang tersebut.

Bagaimanapun, Google mendakwa sistem ini tidak akan mengurangkan peluang pekerjaan kepada manusia. Ini kerana jika sesuatu persoalan itu tidak dapat dijawab oleh ejen AI berkenaan, panggilan tersebut masih lagi perlu disambungkan kepada pekerja manusia untuk tindakan lanjut.

Namun, ramai yang berpendapat walaupun peluang pekerjaan tidak akan terlalu terjejas, kadar bayaran gaji yang akan diberikan kepada pekerja manusia dalam bidang tersebut pasti akan diturunkan kelak. Ia memandangkan jumlah tugas yang perlu dilakukan mereka semakin berkurangan dengan bantuan teknologi AI ini nanti.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY