Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Larang Lebih Dari Tiga Takuk Digunakan Pada Peranti Android

Google Larang Lebih Dari Tiga Takuk Digunakan Pada Peranti Android

Diterbitkan Ogos 1, 2018 · Dikemas kini Ogos 1, 2018 oleh Haikel Areff

Pembangun sistem operasi Android, Google sebelum ini tiada sebarang masalah dengan syarikat pengeluar telefon pintar yang ingin menggunakan rekaak takuk. Malah, mereka mengalu-alukannya walaupun ia merupakan rekaan yang dipopularkan oleh peranti yang menggunakan sistem iOS, iPhone X.

Bagaimanapun, mereka telah memberi amaran bahawa jumlah maksimum takuk yang dibenarkan pada sebuah peranti Android adalah dua sahaja. Pengumuman itu telah dibuat melalui satu kiriman di blog mereka pada 30 Julai lalu.

Pengumuman itu dikatakan dibuat selepas satu imej render dilaporkan sebuah peranti konsep ZTE telah tular kerana dikatakan mempunyai rekaan takuk pada sisi atas dan bawah panel hadapan peranti. Imej berkenaan telah ditularkan oleh laman WinFuture.

Google Larang Lebih Dari Tiga Takuk Digunakan Pada Peranti Android

Kredit : WinFuture

Pihak Google juga telah mengingatkan kepada pembangun aplikasi untuk Android supaya menyokong paparan dengan rekaan dwi-takuk pada aplikasi mereka. Mereka juga menyatakan bahawa rekaan berkenaan turut akan disokong oleh sistem Android P yang bakal dilancarkan kelak.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan apakah kegunaan rekaan takuk pada sisi bawah peranti ZTE tersebut. Namun menurut WinFuture, ruang tersebut mungkin akan digunakan untuk diletakkan pembesar suara kedua peranti.

Rekaan takuk ternyata kurang popular di kalangan pengguna Android kini. Jadi, adakah ia relevan untuk syarikat pembangun mengambil keputusan untuk menggunakan rekaan dwi-takuk? Kongsikan pandangan anda di ruang komen.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY