Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Lancar Pelayar Chrome Untuk PC Dikuasakan Cip Snapdragon

Google Lancar Pelayar Chrome Untuk PC Dikuasakan Cip Snapdragon

Diterbitkan Mac 27, 2024 ยท Dikemas kini Mac 27, 2024 oleh ariff bukhari

Google akan menawarkan versi terakhir pelayar Chrome untuk PC yang dikuasakan cip pemprosesan ARM hanya beberapa minggu sebelum pelancaran PC menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon X Elite.

Qualcomm telah melancarkan platform Snapdragon X Elite dengan dijangkakan penghantaran PC dengan pemproses itu pada pertengahan 2024 nanti.

Beberapa peranti terawal yang dijangka dimuatkan cip itu termasuklah versi pengguna Microsoft Surface Pro 10 dan Surface Laptop 6.

Qualcomm berkata, pelayar Chrome baharu yang dioptimumkan dengan cip mereka itu menunjukkan “peningkatan prestasi dramatik” berdasarkan penanda aras Speedometer 2.0.

Google Lancar Pelayar Chrome Untuk PC Dikuasakan Cip Snapdragon

Chrome akan dioptimumkan sepenuhnya untuk perkakasan dan sistem operasi PC yang akan menjadikan penyemakan imbas sesawang lebih pantas dan lancar.

Google berkata, versi penuh Chrome pada PC Windows serasi Arm yang dikuasakan oleh Snapdragon akan akan tersedia untuk dimuat turun dalam minggu ini.

SnapdragonXEliteSummary (1)

“Dan berdasarkan ujian penanda aras baru-baru ini, kami menjangkakan Chrome akan mendapat peningkatan prestasi yang lebih besar dengan Snapdragon X Elite Qualcomm yang akan datang.” Google.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY