Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gemini finance

Google Lancar Gemini Enterprise Khas Untuk Sektor Kewangan Dan Perundangan

Diterbitkan Ogos 26, 2026 oleh Amsyar Latif

Google Cloud memperkenalkan Gemini Enterprise for Financial Services dan Gemini Enterprise for Legal, dua penyelesaian AI baharu yang dibangunkan khusus untuk sektor kewangan dan undang-undang.

Berbanding penggunaan AI serba guna, kedua-dua penyelesaian ini menawarkan ejen, skills, connector data dan pengoptimuman model yang disesuaikan mengikut keperluan setiap industri, sambil mengekalkan kawalan keselamatan, tadbir urus dan pematuhan melalui platform Gemini Enterprise.

Bagi sektor kewangan, Google memperkenalkan Financial Research agent yang mampu menjalankan penyelidikan hujung ke hujung, lengkap dengan skor keyakinan, metodologi, sumber rujukan dan data yang boleh diaudit.

Ia turut menyokong lebih 50 skills asas serta integrasi dengan sumber data seperti FactSet, Moody’s, MSCI, PitchBook, S&P Global dan SEC Edgar. Antara tugasan yang boleh dilakukan termasuk penilaian risiko kredit, pemantauan portfolio, analisis pasaran dan penyelidikan kewangan.

Sementara itu, Gemini Enterprise for Legal pula direka untuk tugasan seperti semakan kontrak, penyediaan draf undang-undang, pengesahan petikan, pemantauan regulatori dan pengurusan permintaan data.

Platform ini turut menyediakan sambungan kepada sistem seperti DocuSign, Harvey, iManage, NetDocuments, RelativityOne dan Thomson Reuters, dengan data organisasi kekal dalam persekitaran peribadi pelanggan.

Menurut Google, data pelanggan, peraturan perniagaan, harta intelek, ejen tersuai dan output model tidak digunakan di luar organisasi berkenaan.

Gemini Enterprise for Financial Services dan Gemini Enterprise for Legal kini tersedia dalam versi pratonton kepada pelanggan Google Cloud di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Google Kembali Dengan Tawaran Google AI Plus Percuma Setahun Untuk Pelajar
  • Google Beri Lebih Kawalan Pada Search, Discover Dan News Dengan Ciri Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY