Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Labs Photoshoot Pomelli_1

Google Labs Perkenal ‘Photoshoot’ – Tukar Gambar Produk Biasa Jadi Visual Gaya Studio

Diterbitkan Februari 20, 2026 · Dikemas kini Februari 20, 2026 oleh Amalina Athman

Google Labs memperkenalkan ciri baharu ‘Photoshoot’ dalam platform eksperimen Pomelli, yang membolehkan pengguna menukar gambar produk biasa kepada imej pemasaran bertaraf studio menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Ciri ini direka bagi memudahkan penghasilan visual produk yang kelihatan lebih profesional tanpa memerlukan sesi fotografi studio sebenar. Pengguna hanya perlu memuat naik gambar produk sedia ada, sebelum AI menjana imej baharu dengan gaya visual seperti foto studio atau konsep gaya hidup.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/02/20150026/Feature_Generate_Edit_Image_9_Social.mp4

Menurut Google, Photoshoot menggunakan konteks perniagaan (Business DNA) bersama teknologi penjanaan imej Nano Banana bagi menghasilkan imej produk berkualiti tinggi yang kelihatan seperti rakaman studio profesional.

Selain Photoshoot, Google turut menambah beberapa keupayaan baharu dalam Pomelli.

Ini termasuk model penjanaan imej yang lebih tepat mengikut arahan teks, suntingan imej melalui arahan mudah seperti menukar latar belakang, penggunaan imej rujukan untuk meniru gaya visual tertentu, serta kebolehan mencipta kempen pemasaran berdasarkan URL produk.

Ciri ini disasarkan kepada perniagaan kecil dan sederhana yang sering berdepan kekangan kos serta masa untuk menghasilkan bahan pemasaran berkualiti tinggi

Ketersediaan

Pomelli merupakan projek di bawah Google Labs, iaitu ruang eksperimen Google untuk menguji idea dan teknologi baharu. Oleh itu, ciri yang diperkenalkan masih berada dalam fasa percubaan.

Buat masa ini, Photoshoot hanya tersedia secara percuma untuk pengguna di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand melalui laman Pomelli.

Today, we’re introducing Pomelli’s latest feature update, ‘Photoshoot’

With Photoshoot, you can start from a single image of your product and easily create high quality, customized product shots to elevate your marketing.

Available free of charge in the US, Canada, Australia… pic.twitter.com/ryW1djxyKm

— Google Labs (@GoogleLabs) February 19, 2026

Berkaitan

  • AI Mode Dalam Google Search Kini Tersedia Di 180 Negara
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Gemini 3.1 Pro Dilancarkan - Model Lebih Pintar Untuk Tugasan Kompleks
  • Chrome Tambah Tiga Ciri Produktiviti Baharu Untuk Desktop

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY