Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store_PCMAg

Google Kelak Akan Integrasi AI Pada Bahagian FAQ Di Play Store

Diterbitkan Januari 5, 2024 oleh Amalina Athman

Google nampaknya kini berterusan mengintegrasi kecerdasan buatan (AI) ke dalam produknya. Dalam perkembangan terbaharu, gergasi teknologi itu dilihat menggunakan teknologi tersebut pada bahagian FAQ dalam Play Store versi 39.1.

Berkaitan

  • Buat Ini Kalau Bar Carian Google Play Store Hilang
  • Google Play Store Bolehkan Pengguna 'Uninstall' Aplikasi Peranti Yang Disambung

Menurut laporan TheSpAndroid, kad Soalan Lazim yang dijana AI akan dipaparkan pada halaman penyenaraian aplikasi.

Pada asasnya, pengguna akan melihat bahagian “App FAQs” dan butang di sebelah kanan dengan ikon dan teks “Show”.

Apabila klik pada “Show”, ia akan mempamerkan 3 soalan dengan anak panah di sebelah kanan – klik pada anak panah akan dikembangkan kepada jawapan bagi setiap soalan tersebut.

Google Play Store AI_1
Google Play Store AI_3
Google Play Store AI_2

 

Selain itu, pengguna juga akan melihat teks “Created by AI” di bahagian bawah, menunjukkan bahawa semua soalan dan jawapan berkenaan dijana menggunakan AI.

Ketiga-tiga soalan ini dikhabarkan sama sahaja bagi setiap aplikasi. Apa yang berbeza adalah jawapan dengan janaan AI, yang mana ia bergantung kepada setiap aplikasi.

Dengan ciri ini kelak, ia akan membantu pengguna untuk mengetahui maklumat asas mengenai aplikasi dengan lebih mudah dan ringkas, sebelum memasang aplikasi.

Bagaimanapun, buat masa ini belum lagi diketahui bila Google Play Store akan melancarkan bahagian FAQ berkenaan.

Sumber: TheSpAndroid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY