Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada laman MobileSyrup, jurucakap Google berkata, "Pasukan Pixel menyedari laporan tentang isu yang dialami pengguna model tersebut dan kami sedang giat berusaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada isu ini. Kami akan menghubungi anda sebaik sahaja kami mempunyai lebih banyak maklumat."
Isu ini pertama kali dilaporkan oleh ahli Komuniti Pengguna Pixel, Mike Fox pada 27 Oktober lepas dimana terdapat beberapa model Pixel dan Pixel XL tidak berfungsi dengan baik ketika pengguna mahu menangkap gambar. Dalam sesetengah keadaan, aplikasi kamera seakan-akan dikunci dan memaparkan warna ungu dan merah jambu pada skrin. Walaupun Google belum mengesahkan punca sebenar masalah itu, dipercayai ia berkait rapat dengan sambungan selular yang rendah.

Beberapa pengguna Pixel telah mendapatkan set gantian untuk telefon yang bermasalah itu tetapi nampaknya set gantian tersebut juga mengalami masalah yang serupa.
Sumber: MobileSyrup
Berkaitan
- Tambang E-Hailing Mungkin Naik Sehingga 50%
- Terlupa Kata Laluan Akaun Xiaomi? Ikuti Langkah Mudah Ini
- Tidak Lama Lagi Anda Boleh Beli Rumah Dari Lazada
- Ciri Instagram Live Dinaik Taraf, Tambah Rakan Ketika Bersiaran Langsung
- 5 Fakta Ringkas Tentang Ford GT 2017
- Digi Dijangka Perkenal Pelan Internet Tanpa Had Pada Harga Bulanan RM38
- Korea Selatan Giat Membangunkan Sambungan 'Super-Fast WiFi'
- Video Perlihatkan Spesifikasi Penting Pada Lenovo Legion Phone
- Mi 9T Habis Dijual Secara Pra-Tempah Dalam Hanya 2 Jam
- Google Mempertingkat Fungsi Pengecam Suara Menerusi Reddit.