Selepas daripada pengumuman itu, Google jarang sekali untuk memberi sebarang informasi berkenaan perkembangan terbaru projek tersebut kepada umum sehingga hari ini. Namun, menurut laporan dari Bloomberg, OS terbaru itu mungkin akan menemui pengguna dalam tempoh tiga tahun lagi.
Kredit : Ars Technica
Project Fuchsia melibatkan seramai lebih dari 100 pekerja pada hari ini. Ia menggambarkan Google sedang mempercepatkan proses membangunkan OS terbaru ini. Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa ia mungkin hanya akan siap dibangunkan pada tahun 2023.
Sistem ini dijangka akan menyokong bukan sahaja peranti telefon pintar, malah ia akan turut tersedia untuk peranti lain seperti pembesar suara pintar, komputer, alatan rumah pintar dan mungkin beberapa peranti pintar lain yang akan dibangunkan pada masa akan datang.
https://www.youtube.com/watch?v=FhX6cANaJ6o
Video Demo Google Fuchsia (Kredit : Ars Technica)
Oleh sebab itu, selain memberikan perlindungan keselamatan dan privasi yang lebih baik, Fuchsia juga akan hadir dengan sokongan pengesanan suara dan kecerdasan buatan(AI) yang dinaiktaraf berbanding teknologi sedia ada hari ini.
Sekiranya sistem operasi ini benar-benar dapat dibangunkan, ia akan menjadi satu cabaran hebat buat peranti iOS daripada Apple. Ini kerana perubahan besar yang akan berlaku pada peranti Android kelak pasti akan menyangkal tohmahan pengguna iOS yang selama ini mengatakan kemaskini Android OS adalah membosankan, kurang kawalan privasi dan tidak inovatif.
Sumber
Berkaitan
- Google Stadia Kini Rasmi - Main Tanpa Muat Turun, Di Mana Sahaja
- LG Hadir Dengan Peranti Perdana Android One, Skrin Paparan Super Terang
- Permainan Video Fortnite Bakal Ke Peranti Android Tidak Lama Lagi
- Facebook Dan Twitter Bantu Google Menepis Berita Palsu
- Hanya 80 Daripada 250 Aplikasi Antivirus Di Google Play Store Adalah Efektif
- Instagram Telah Mencapai 1 Bilion Muat Turun di Google Play
- Tiba Giliran Guess Pula Memperkenalkan Jam Pintar Android Wear 2.0
- Google Mengesahkan Bakal Perkenalkan Dua Jam Pintar Android Wear 2.0 Tahun Hadapan
- Pulangan Wang Penuh Dari Huawei Bagi Peranti Yang Gagal Jalankan Aplikasi Android Di Filipina
- LG Umumkan Model Monitor Lengkung Terbesar Di Dunia Dengan Sistem Google Cast.