Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Dituduh Membenarkan Pihak Ketiga Membaca Kandungan Gmail Pengguna

Google Dituduh Membenarkan Pihak Ketiga Membaca Kandungan Gmail Pengguna

Diterbitkan Julai 3, 2018 oleh Wiser MY

Wall Street Journal hari ini mendedahkan tentang kegiatan Google melalui Gmail yang memberikan akses kepada pihak ketiga bagi mengetahui isi kandungan yang terdapat di dalam e-mel pengguna.

Pihak ketiga ini kemudian akan cuba menawarkan produk atau servis yang menarik, relevan dengan isi kandungan e-mel yang sudah dibaca tadi.

Kegiatan sudah dihentikan oleh Google sendiri sejak setahun yang lepas namun tidak tertakluk untuk pihak ketiga yang bekerjasama dengan Google. Sesetengah syarikat juga menggunakan tenaga manusia bagi menyemak sendiri isi kandungan e-mel manakala selebihnya hanya menggunakan komputer bagi menyaring e-mel yang berkaitan kata kunci yang ditetapkan.

Kegiatan mengakses maklumat di dalam e-mel pengguna ini merupakan amalan biasa bagi penyedia perkhidmatan e-mel di luar sana dengan penggguna diberi pilihan untuk samada terlibat atau tidak. Anda juga boleh menyemak sendiri aksesĀ akaun Google anda kepada pihak ketiga diĀ SINI.

Google Dituduh Membenarkan Pihak Ketiga Membaca Kandungan Gmail Pengguna

Facebook sebelum ini dikritik hebat kerana menjual data peribadi pengguna kepada pihak ketiga, Cambridge Analytica yang kemudian menggunakannya di dalam kempen-kempen politik di seluruh dunia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY