Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Google Card, Mungkin Jadi Pencabar Apple Card

Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Google Card, Mungkin Jadi Pencabar Apple Card

Diterbitkan April 18, 2020 ยท Dikemas kini April 18, 2020 oleh Helmi Samsuri

Google kini dilaporkan sedang membangunkan kad debit fizikal dikenali sebagai Google Card. Menerusinya, ia dikatakan boleh memudahkan pengguna membuat bayaran menggunakan kad, telefon pintar atau secara dalam talian.

Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Google Card, Mungkin Jadi Pencabar Apple Card

Difahamkan lagi, kad akan dipautkan pada sebuah aplikasi yang mana pengguna boleh membuat pemantauan transaksi, semak baki ataupun mengunci akaun mereka.

Menurut sumber yang dikongsikan oleh TechCrunch, pembangunan kad fizikal tersebut dapat menguatkan lagi penawaran aplikasi Google Pay, sekaligus menjadi pesaing rapat kepada Apple Pay dan Apple Card.

Berdasarkan imej, kita boleh melihat aplikasi akan memaparkan jumlah baki yang terdapat didalam kad, transaksi terkini, serta lokasi transaksi dibuat dipaparkan pada Google Maps.

Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Google Card, Mungkin Jadi Pencabar Apple Card

Buat masa sekarang, Google belum mengumumkan perkara ini dan belum dapat dipastikan bila ia akan diperkenalkan.

Sekitar seminggu yang lalu, Huawei turut melancarkan Huawei Card ketika pelancaran siri P40. Antara insentif yang ditawarkan kepada pengguna adalah tiada cas dikenakan untuk dua tahun pertama, serta pulangan tunai.

Sumber: TechCrunch

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY