Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
siri Pixel 10 – 1

Google Dilapor Mahu Pindahkan Semua Pengeluaran Pixel Keluar Dari China

Diterbitkan Ogos 19, 2026 oleh Amsyar Latif

Google dilaporkan merancang untuk memindahkan keseluruhan pengeluaran produk Pixel keluar dari China bermula 2027, ketika syarikat itu terus mempelbagaikan rantaian bekalannya ke negara lain.

Menurut laporan eksklusif Nikkei Asia, Google telah memaklumkan kepada pembekalnya bahawa pengeluaran semua telefon pintar Pixel, jam tangan pintar dan fon telinga tanpa wayar akan dipindahkan keluar dari China mulai tahun depan.

Sebahagian besar pengeluaran itu dijangka beralih ke Vietnam dan India, dua negara yang semakin memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan perkakasan Google.

Nikkei Asia melaporkan kejayaan Google membangunkan dan menghasilkan telefon Pixel kelas tinggi di Vietnam pada tahun ini memberikan syarikat itu keyakinan untuk meneruskan sasaran memindahkan keseluruhan pengeluaran Pixel dari China pada 2027.

Langkah terbaharu itu bukan sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba. Pada Januari lalu, Nikkei Asia turut melaporkan Google akan memulakan proses pembangunan dan pengeluaran model Pixel, Pixel Pro dan Pixel Fold di Vietnam.

Ketika itu, pembangunan siri Pixel A yang lebih mampu milik masih kekal di China. Google juga sudah mempunyai rangkaian pembekal yang besar di Vietnam dan menghasilkan sebahagian telefon Pixel di negara berkenaan.

India turut menjadi satu lagi pusat pengeluaran penting untuk Google. Syarikat itu sebelum ini telah bekerjasama dengan pengeluar seperti Foxconn dan Dixon Technologies untuk menghasilkan telefon Pixel di negara tersebut.

Peralihan ini berlaku ketika syarikat teknologi global berusaha mengurangkan kebergantungan terhadap China dan mempelbagaikan lokasi pengeluaran susulan ketidaktentuan geopolitik serta perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Bagaimanapun, Google setakat ini belum mengumumkan secara rasmi rancangan untuk menghentikan keseluruhan pengeluaran Pixel di China pada 2027.

Berkaitan

  • Aplikasi Gemini Kini Cecah 1 Bilion Pengguna Setiap Bulan - Terpantas Berkembang Dalam Sejarah Google
  • Google Perkenal Ciri Terjemahan Bahasa Isyarat Kepada Teks, Kini Hadir Pada Pixel 11

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY