Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google DeepMind

Google DeepMind Bangunkan Teknologi V2A – Boleh Jana Runut Bunyi, Dialog Untuk Video

Diterbitkan Jun 20, 2024 · Dikemas kini Jun 20, 2024 oleh Amalina Athman

DeepMind, makmal penyelidikan kecerdasan buatan (AI) Google, berkata ia sedang membangunkan teknologi AI yang boleh menjana soundtrack atau runut bunyi untuk video.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Google Umum Project Astra, Boleh 'Video Call' Dengan Pembantu AI
  • Google Perkenal Saingan OpenAI Sora Untuk Janaan Video AI

Menurut DeepMind, teknologi video-ke-audio (V2A) menggabungkan piksel atau butiran video dengan gesaan teks bahasa semula jadi untuk menjana runut bunyi.

google deepmind V2A

Selain itu, teknologi V2A boleh digandingkan dengan model penjanaan video seperti Veo untuk menghasilkan syot dengan skor dramatik, kesan bunyi realistik atau dialog yang sepadan dengan watak dan nada video.

Sebagai tambahan, ia juga boleh menjana runut bunyi untuk pelbagai rakaman tradisional, termasuk bahan arkib, filem tanpa suara dan lain-lain.

Walaupun pengguna boleh memasukkan gesaan teks, DeepMind mengatakan ia adalah pilihan. Pengguna juga tidak perlu menyesuaikan bunyi secara manual dengan adegan yang sesuai.

Sebaliknya, V2A boleh menghasilkan bilangan runut bunyi tanpa had untuk sebarang input video.

Walaupun begitu, teknologi V2A ini masih mempunyai had tertentu. Sebagai contoh, DeepMind cuba meningkatkan keupayaannya untuk menyamakan (sync) pergerakan bibir dengan dialog, seperti yang boleh dilihat dalam video keluarga claymation ini.

Mengambil kira kualiti output audio bergantung pada kualiti input video, sebarang artifak atau distortion dalam video juga boleh menyebabkan penurunan ketara dalam kualiti audio.

Buat masa ini, teknologi V2A Google DeepMind belum lagi tersedia secara umum, kerana masih perlu menjalani penilaian dan ujian keselamatan yang ketat.

Apabila tersedia kelak, ia dijangka akan menyertakan watermark atau tera air SynthID untuk menandakan bahawa ia dijana AI.

Sumber: Google DeepMind

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY