Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Data GIF Maker – Paparkan Data Dengan Cara Yang Lebih Kreatif

Google Data GIF Maker – Paparkan Data Dengan Cara Yang Lebih Kreatif

Diterbitkan Mei 29, 2017 · Dikemas kini Mei 29, 2017 oleh Helmi Samsuri

Pening tidak tahu bagaimana untuk memaparkan data dengan cara yang menarik?

Masalah itu mungkin boleh diselesaikan dengan Data GIF Maker, satu tool yang dibangunkan oleh Google.

Data GIF Maker merupakan sebuah tool yang dapat membantu anda dalam mempersembahkan perbandingan antara dua topik.

Sebelum itu, anda tahu apa itu GIF?

GIF ataupun nama penuhnya Graphics Interchange Format adalah format imej yang membolehkan imej itu bergerak. Ia bukan video, tetapi gambar yang bergerak.

Contoh 1

Contoh 2

Teringin nak buat pembentangan mengenai perbandingan data menarik seperti ini?

Caranya sangat mudah. Ya, sangat mudah.

Pergi ke Google GIF Maker dengan menekan pautan ini.

Isikan topik/nama data

Google Data GIF Maker – Paparkan Data Dengan Cara Yang Lebih Kreatif

Masukkan nilai data. Pilih sama ada nilai itu adalah peratusan ataupun jumlah dengan menekan dua bulatan di bahagian kanan anda

Google Data GIF Maker – Paparkan Data Dengan Cara Yang Lebih Kreatif

Pilih warna untuk membezakan kedua-dua data

Google Data GIF Maker – Paparkan Data Dengan Cara Yang Lebih Kreatif

Bahagian bawah itu anda bolehlah letak penerangan ringkas tentang data

Google Data GIF Maker – Paparkan Data Dengan Cara Yang Lebih Kreatif

 

Ok, ini langkah akhir, tekan Launch Comparisons untuk lihat hasil. Jika anda sudah berpuas hati, tekan butang Download As GIF.Google Data GIF Maker – Paparkan Data Dengan Cara Yang Lebih Kreatif

 

Mudah bukan?

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY