Walau bagaimanapun, Chrome juga dikenali sebagai pelayar yang menggunakan sumber RAM yang tinggi dan sesetengah mesin tidak dapat memberikan pengalaman pengguna yang baik.
Pengumuman Google menerusi blog mereka mendedahkan bagi menangani serangan Spectre yang berlarutan, Google mengumumkan Chrome 67 yang mempunyai fungsi keselamatan yang dipanggil site isolation.
Apa itu Site Isolation?
Site isolation adalah salah satu perubahan di dalam senibina Chrome yang menghadkan setiap proses pemprosesan dari setiap laman sesawang. Objektifnya adalah untuk bergantung terhadap sistem operasi dalam menghentikan serangan untuk setiap proses.
Jika serangan Spectre berlaku, data dari laman sesawang yang lain tidak akan diletakkan sekali dalam satu tempat pemprosesan dan data-data tersebut besar kemungkinan tidak dapat dikongsikan untuk penyerang Spectre. Secara keseluruhan, site isolation mengurangkan risiko kebocoran data semasa serangan Spectre dilakukan.
Tetapi ada kos tambahan yang perlu dipikul oleh pelayar iaitu RAM. Memori RAM tambahan dalam lingkungan 10-13% terpaksa ditanggung oleh kerana kerja-kerja pemprosesan yang tertangguh terutamanya jika banyak tabs yang dibuka.
Google bagaimanapun mengakui kelemahan fungsi tersebut dan cuba mengatasi masalah memori RAM ini dengan mengoptimakan Chrome supaya lebih pantas dan cekap.
Sumber: Google blog
Berkaitan
- Remaja Rasa Google Lebih 'Cool' Dari Apple (Mengikut Kajian Google)
- Google Menarik Perkhidmatan YouTube Dari Peranti Amazon
- Gunakan Telefon Pintar Anda Sebagai Alat Kawalan Jauh Melalui Google Slides
- Google Tango Memastikan Anda Tidak Lagi Sesat
- Google Membayar Wang Ganjaran Melebihi RM 4,000 Untuk Sesiapa Dapat Menjumpai Pepijat Dalam Aplikasi Terkenal
- Google Dituduh Membenarkan Pihak Ketiga Membaca Kandungan Gmail Pengguna
- Peranti Nexus 5X dan 6P Mendapat Fungsi Terbaru Melalui Google Camera NX?
- Pixel Buds A-Series Rasmi, Fon Telinga TWS Terbaru Google
- Lelaki Ini Tunjukkan Perbezaan Gambar Antara Stok MIUI Dengan Google HDR+ Menggunakan Xiaomi MiA1
- Moto G5 Plus Tidak Akan Datang Dengan Google Assistant Buat Masa Ini