Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store_

Google Tambah Lebih Banyak Iklan Di Play Store

Diterbitkan Mei 26, 2023 ยท Dikemas kini Mei 26, 2023 oleh Amalina Athman

Bagi meningkatkan perniagaan iklannya, Google kini dilapor akan menambah lebih banyak iklan di Play Store. Tidak mengejutkan, Google sebelum ini dilihat turut berbuat demikian di gedung aplikasi itu.

Berkaitan

  • Google Akan Padam Akaun Tidak Aktif Lebih 2 Tahun, Mulai Disember Ini
  • Google Mungkin Akan Bolehkan Telefon Android Anda Jadi 'Dashcam' Kelak

Menerusi perkongsian Android Police, ia memperlihatkan reka letak iklan baharu di Play Store, yang tidak jauh berbeza dari sebelumnya. Namun, jika diperhatikan lebih dekat, pengguna akan melihat ruang yang tersedia di bahagian iklan pada “Suggested for you” telah meningkat.

Play Store_sebelum
Sebelum
Play Store_selepas
Selepas

Dengan perubahan baharu ini, bahagian “Suggested for you” akan memaparkan dua baris iklan dengan ikon dan thumbnail yang menggunakan ruangan lebih banyak. Dalam masa yang sama, bahagian “More apps to try” dan “More by the developer” akan ditolak lebih jauh ke bawah.

Buat masa ini, perubahan tersebut mungkin hanya tersedia untuk sebilangan pengguna. Namun, dijangkakan ia akan tersedia untuk semua pengguna tidak lama lagi.

Sumber: Android Police

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
©2026 WISER.MY