Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google apps seen with EU flag on the background

Google Beri Amaran Sistem Android Mungkin Tidak Akan Hadir Secara Percuma Lagi

Diterbitkan Julai 19, 2018 oleh Haikel Areff

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Google telah dikenakan tindakan saman oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah(EU) atas dakwaan memaksa penggunaan aplikasi mereka pada setiap peranti yang menggunakan sistem Android. Antara aplikasi yang terlibat ialah Chrome dan Google Search.

Menurut laporan terkini yang diperolehi, Google telah disaman sebanyak $ 5 billion(~RM 20.31 billion) atas kesalahan tersebut. Mereka dikatakan telah menghalang daripada berlakunya persaingan yang adil di antara mereka dan pesaing mereka.

Screen Shot 2018-07-19 at 10.55.18 AM

Kredit : @EU_commission

Atas sebab itu, Google telah memberi amaran kepada semua yang terlibat dalam industri berkenaan bahawa sistem Android mungkin tidak akan disediakan secara percuma lagi selepas ini. Perkara ini terpaksa dilakukan sekiranya EU bertegas untuk memaksa mereka menghentikan aktiviti tersebut.

Google mendakwa, sekiranya ia dilaksanakan, pengguna peranti Android terpaksa memasang hampir 50 aplikasi secara manual sendiri. Ia akan memakan masa dan menyusahkan pengguna mereka, seterusnya menjatuhkan reputasi Android sebagai sistem operasi yang menjadi pilihan pengguna sebelum ini.

Terdapat juga beberapa pihak yang mempersoalkan tentang harga peranti Android sekiranya Google mengenakan bayaran untuk sistem berkenaan. Ia pastinya memberi lebih kos kepada pengeluar yang seterusnya akan memindahkan kos tersebut kepada pembeli.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Implan Wayarles Kurangkan Gula Dalam Darah
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
©2026 WISER.MY