Google Bakal Berdepan Tindakan Saman Berbillion Ringgit Dari Kesatuan Eropah

Selepas Facebook menghadapi pelbagai saman atas skandal penggunaan data pengguna tanpa kebenaran, kini Google juga dikatakan semakin hampir untuk mengalami masalah yang sama. Cuma kali ini, Google telah dituduh menyalahgunakan 'kuasa' yang ada pada mereka.

Ini kerana, mereka dikatakan telah mengarahkan semua pengeluar peranti Android untuk memasang beberapa aplikasi atau mereka tidak akan dibenarkan untuk menggunakan sebarang aplikasi Google langsung.



Sebagai contoh, apabila pengeluar ingin menggunakan perkhidmatan Google Playstore untuk memberi akses terhadap lebih banyak aplikasi kepada pengguna mereka, mereka perlu memasang aplikasi pelayar Google Chrome terlebih dahulu.

Ia adalah penting bagi Google kerana Chrome membantu mereka dalam mengenalpasti tingkah laku pengguna untuk digunakan dalam progam pengiklanan mereka. Perkara ini dinilai sebagai satu kesalahan di mana mereka dianggap telah memaksa pengeluar untuk berbuat demikian.

Nilai saman yang dikenakan dikatakan akan melebihi jumlah $2 billion(~RM 8.08 billion) yang pernah dikenakan kepada mereka tahun lalu. Wang bukannya masalah bagi Google yang mempunyai simpanan $103 billion(~RM 416 billion) namun ia perlu dilakukan agar Google menghentikan tindakan mereka tersebut.

Sumber