Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fahmi fadzil reuters dnb 5g

5G Rahmah: Pascabayar RM60/Bulan Untuk 60GB, Telefon 5G Serendah RM240

Diterbitkan Ogos 7, 2023 · Dikemas kini Ogos 7, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan pakej 5G Rahmah. Melaluinya, anda boleh langgan pelan pascabayar RM60/bulan untuk kuota 60GB.

5g rahmah – 1

Selain itu, telefon pintar yang sokong 5G iaitu Samsung Galaxy A14 5G dan HONOR Lite 5G juga boleh didapati serendah RM240 juga disediakan melalui inisiatif ini.

Untuk makluman, harga pasaran Galaxy A14 5G ialah serendah RM799 manakala HONOR Lite 5G pula RM1,099.

5g rahmah – 2

Untuk 100,000 pembeli pertama dalam kategori B40 pula akan mendapat telefon pintar 5G tersebut dengan harga lebih rendah iaitu semurah RM120 dengan kontrak langgangan 24 bulan dan waranti telefon selama 2 tahun.

Namun, bagi tawaran RM60/bulan dan RM240 untuk dua peranti sokong 5G tadi, ia terpakai pada semua warganegara.

Berkaitan

  • (Ulasan) OnePlus Nord 3 5G - 'Flagship' Permulaan Terbaik
  • HONOR 90 Rasmi Untuk RM1,799 Bagi 12/256GB, HONOR 90 Lite RM1,099
  • Perjanjian Akses 5G Bersama DNB Kini Selesai - KKD
  • Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital
  • Kami Cuba Isi Minyak Dengan Aplikasi Shell Asia, Ini Hasilnya

Satu lagi perkara  diumumkan ialah Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam pula, rebat RM10 sebulan akan diberikan untuk mana-mana pakej pascabayar sedia ada.

Kedua-dua insentif akan mula dilaksanakan mulai 31 Ogos 2023. Maklumat lanjut seperti syarikat telco terlibat dan bagaimana peranti bersama pakej dijual akan diwartakan selepas ini.

Sumber: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY