Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GIGABYTE Perkenal Monitor AORUS ELITE – Teknologi Tandem OLED Gen-4 Dan Skrin Mini LED 5K

GIGABYTE Perkenal Monitor AORUS ELITE – Teknologi Tandem OLED Gen-4 Dan Skrin Mini LED 5K

Diterbitkan Jun 10, 2026 oleh Amsyar Latif

GIGABYTE telah memperkenalkan barisan monitor gaming premium terbaharunya menerusi Siri AORUS ELITE dalam acara Computex 2026 baru-baru ini.

Koleksi monitor bersaiz antara 27 hingga 32 inci ini menggabungkan inovasi panel Tandem OLED generasi keempat serta pengenalan monitor gaming Mini LED dengan permukaan berkilat (glossy) beresolusi 5K pertama di dunia.

Model utama FM275K16P hadir dengan skrin Mini LED 5K 27-inci berkilat yang menawarkan ketumpatan piksel aras-Retina sebesar 218 PPI serta 2,304 zon pemalapan tempatan.

Monitor ini turut menyokong fungsi Multi-Mode yang membolehkan pengguna menukar mod paparan secara lancar antara 5K 165Hz, 4K 220Hz, dan QHD 330Hz mengikut kesesuaian permainan.

Sementara itu, varian FO32U24GP berasaskan Tandem OLED menawarkan kecerahan HDR puncak sehingga 1,500 nits, sokongan Dual Mode, serta sambungan sambungan pautan penuh DP 2.1 UHBR20 berkepantasan 80Gbps.

Siri AORUS ELITE ini turut dilengkapi ciri pintar dipacu AI seperti HyperNits untuk mengoptimumkan kecerahan HDR, AI Super Resolution untuk penskalaan imej, serta fungsi Tactical HUD dan Tactical Crosshair dwi-warna (merah-hijau) yang berubah secara dinamik untuk membantu bidikan pemain.

Bagi mengekalkan jangka hayat panel OLED, GIGABYTE menyertakan sistem AI OLED CARE PRO yang merangkumi fungsi Auto Lock (mengesan kehadiran pengguna), pengurusan haba heat pipe terbina, dan pembersihan piksel latar belakang secara automatik.

Berkaitan

  • Papan Induk GIGABYTE Z890 Plus – Sokong RAM CQDIMM 256GB Dan Kelajuan 10,400 MT/s
  • Sambut Ulang Tahun Ke-40, GIGABYTE Dedah Ekosistem PC Gred Ekstrem Menerusi Siri INFINITY
  • Sasar Kuasa Ekstrem Ryzen 9950X3D, GIGABYTE Pertaruh Siri X870 INFINITY Bersama RAM Latensi Rendah CL24

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
©2026 WISER.MY