Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gen Z Dilapor Lebih Memilih iPhone Berbanding Android

Gen Z Dilapor Lebih Memilih iPhone Berbanding Android

Diterbitkan Februari 22, 2023 ยท Dikemas kini Februari 22, 2023 oleh Amalina Athman

Berdasarkan laporan terbaharu dari Financial Times, Generasi Z ( atau Zoomers, yang dilahirkan selepas 1996) semakin memilih iPhone berbanding telefon Android, terutamanya di Amerika Syarikat (AS).

Berkaitan

  • Google Message Kini Dapat Paparkan Reaksi Mesej Daripada iMessage
  • Apa Itu RCS Dan Kenapa Google Desak Apple Untuk Gunakannya
  • Ditanya Mengenai Penggunaan RCS Pada iMessage, Ini Jawapan Tim Cook

Menurut laporan itu, 34% daripada semua pemilik iPhone di AS tergolong dalam kalangan Gen Z. Sebagai perbandingan, hanya 10% daripada mereka menggunakan telefon pintar Samsung.

Lebih menarik, iMessage menjadi asbab kepada populariti iPhone dalam kalangan Zoomers kerana peranti Android tidak dapat berfungsi sepenuhnya dengan teks yang dihantar melalui sistem iMessage.

Jika anda pernah dengar mengenai green bubble dan blue bubble, anda pasti tahu perkara ini menjadi isu sehingga Google turut mengadakan kempen bagi mendesak Apple menggunakan RCS dalam aplikasi iMessage.

Gen Z Dilapor Lebih Memilih iPhone Berbanding Android

Di luar Amerika Syarikat, termasuk Malaysia, isu iMessage kurang ketara kerana kebanyakannya menggunakan aplikasi pemesejan pihak ketiga, seperti WhatsApp.

Aplikasi ini boleh digunakan pada kedua-dua peranti Android dan iPhone dengan ciri yang sama sahaja. Walaupun isu penggunaan peranti dalam kalangan Gen Z di luar AS adalah kurang ketara, tetapi masih terdapat peningkatan penggunaan iPhone.

Lanjutan itu, Google mungkin perlu memikirkan cara untuk ‘memenangi hati’ Gen Z dengan menawarkan sistem operasi yang lebih baik, atau sebaliknya peranti Android akan kehilangan lebih banyak pengguna.

Sumber: Android Authority

Gambar utama: PhoneArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY