Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gelombang Haba Di China, Pengeluaran iPad Mungkin Terjejas

Gelombang Haba Di China, Pengeluaran iPad Mungkin Terjejas

Diterbitkan Ogos 15, 2022 oleh Amalina Athman

Pada ketika ini, China sedang mengalami gelombang haba terburuk dalam tempoh 60 tahun. Berikutan itu, pengeluar litium, logam dan lain-lain terpaksa menutup loji bekalan kuasa mereka di wilayah Sichuan selepas penggunaan elektrik dicatukan.

Memetik laporan Reuters, pengguna industri di 19 daripada 21 bandar di wilayah itu telah diarah menangguhkan pengeluaran bermula 15 hingga 20 Ogos, bagi tujuan mengutamakan bekalan kuasa di kediaman penduduk setempat.

Susulan itu juga, penganalisis Ming-Chi Kuo melalui Twitter menyatakan gangguan bekalan elektrik di wilayah Sichuan mungkin akan menjejaskan pemasangan iPad di Chengdu dan Chongqing yang dikendalikan oleh Foxconn dan Compal.

(1/2)
A temporary power outage in Sichuan may affect iPad assembly plants in Chengdu (Foxconn) and Chongqing (Compal). Although it's difficult to assess impacts on production currently, impacts should be limited if the power outage can end on August 20.https://t.co/tVmaJq9JsF

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) August 15, 2022

Menurutnya, walaupun sukar menjangkakan impak pengeluaran iPad pada masa ini, namun kesannya mungkin terhad jika gangguan bekalan elektrik ditamatkan pada 20 Ogos 2022.

Berkaitan

  • Apple Terus Kuasai Pasaran Tablet, iPad Air (2020) Masih Dicari Ramai
  • Antara Muka iPad Akan Dirombak, Berevolusi Ke Arah 'Laptop' Berbanding Telefon
  • iPad Pro Baharu Diramal Datang Dengan Smart Connector 4 Pin

Penjadualan pengeluaran yang fleksibel juga boleh mengurangkan kesan gangguan bekalan elektrik yang berlaku. Akan tetapi, tidak dapat dipastikan bagaimana impaknya terhadap pengeluaran ‌iPad‌ jika bekalan elektrik masih tidak dapat dipulihkan pada 20 Ogos atau jika kejadian serupa akan berlaku beberapa bulan akan datang.

Untuk makluman, Apple bakal melancarkan iPad terbaru mereka pada acara yang dijangka akan berlangsung Oktober nanti.

Sumber: 9to5Mac

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY