Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GeForce GTX 2080 & 2070 Yang Berdasarkan Senibina Ampere Mendapat Pensijilan ECC

GeForce GTX 2080 & 2070 Yang Berdasarkan Senibina Ampere Mendapat Pensijilan ECC

Diterbitkan Ogos 5, 2018 oleh Wiser MY

Manli Technologies, rakan industri NVIDIA dalam menyediakan kad grafik NVIDIA versi mereka tersendiri telah mendaftarkan beberapa kad grafik mereka di ECC. Antara yang tersenarai adalah GA104 dan GA104-400 yang dikatakan kad grafik GeForce GTX 2070 dan GTX 2080 yang berdasarkan senibina Ampere.

GeForce GTX 2080 & 2070 Yang Berdasarkan Senibina Ampere Mendapat Pensijilan ECC

Berdasarkan gambar yang diambil dari WCCFTech, menunjukkan nombor yang digunakan untuk menggantikan nama kad grafik tersebut. Namun begitu, nombor tersebut juga boleh digunakan untuk sementara dan tidak menggambarkan produk yang sebenar sehinggakan gambar atau pengumuman rasmi dari NVIDIA.

Dalam perkembangan lain, Manli Technologies menafikan pendaftaran produk NVIDIA di ECC dan sedang menyiasat bagaimana perkara tersebut boleh timbul.

Harga yang dijangka akan dikenanakan untuk kad grafik baharu ini adalah dalam lingkungan RM 2,853 sehingga RM 3057 untuk GTX 2080 manakala RM 2,445 untuk GTX 2070. Mengenai nama kad grafik generasi terbaru ini juga masih dalam samar-samar kerana ada laporan NVIDIA akan menggunakan siri GTX 11XX dan ada yang menyebut GTX 20XX. Apa-apa pun kita nantikan perkhabaran rasmi dari NVIDIA nanti.

NVIDIA berkemungkinan akan memberikan maklumat terbaru kad grafik mereka di Gamescom menerusi acara GeForce Celebration.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY