Ganti Bateri iPhone Dalam Masa 4 Jam Di Machines

Machines, salah satu pengedar produk Apple di Malaysia telah mengumumkan program penukaran bateri untuk beberapa model iPhone.

Pengumuman yang dibuat menerusi laman Facebook itu menyenaraikan penukaran bateri untuk model seperti iPhone 6, iPhone 6s, iPhone 7, iPhone 7 Plus, dan iPhone SE.



Mereka turut menjanjikan gantian bateri dalam tempoh 4 jam bagi penghantaran iPhone sebelum pukul 3 petang dan perkhidmatan itu tidak akan melebihi tempoh 24 jam.

Kunjungi Machines dicawangan KLCC, The Curve, Mutiara Damansara, ataupun di Mid Valley dan dapatkan gantian bateri pada harga RM129.

Bagi model iPhone 6 Plus dan iPhone 6s Plus pula, stok bateri dijangka tiba pada bulan April nanti.

Sumber: Machines