GameSnacks - Platform Permainan Untuk Peranti Spesifikasi Rendah Dan Internet Perlahan

Ketika ini kita galak menceritakan kedatangan telefon pintar dengan spesifikasi tinggi seperti penggunaan RAM sehingga 12GB atau akses internet selaju 1Gbps. Namun harus diingat, masih ada pengguna diluar sana yang tidak mempunyai kelebihan itu.

Masalah kapasiti memori yang kecil serta sambungan internet yang perlahan membuatkan pengguna-pengguna ini tidak mempunyai peluang untuk berhibur.



Menyedari hal tersebut, Google menerusi Area 120 telah membangunkan sebuah platform yang dikenali sebagai GameSnacks. Ia merupakan laman berasaskan HTML5 dimana kandungannya boleh dimuatkan dalam masa singkat serta walaupun pada sambungan internet perlahan mahupun peranti berspesifikasi rendah.

Difahamkan bahawa pengguna yang mempunyai RAM 1GB dan sambungan internet 500Kbps~1Mbps mampu mengakses serta memainkan permainan yang ditawarkan. Selain telefon pintar Android dan iOS, permainan-permainan yang tersenarai juga boleh dimainkan menerusi komputer dengan penggunaan tetikus serta papan kekunci.

Klik pautan ini untuk mula bermain GameSnacks

Sumber: Google

Berkaitan