Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-04-16 at 10.07.00 AM

Google Bakal Adakan Acara Pelancaran 7 Mei Ini, Berkemungkinan Pixel 3a Dan 3a XL

Diterbitkan April 16, 2019 · Dikemas kini April 16, 2019 oleh Helmi Samsuri

Google kini dilihat mengacah kedatangan peranti baru dibawah siri Pixel menerusi laman Google Store. “Something big is coming to the Pixel Universe” dipaparkan pada gedung dalam talian tersebut dimana ramai berpendapat ia berkemungkinan acara pelancaran untuk Pixel 3a dan Pixel 3a XL.

Screenshot 2019-04-16 at 10.07.00 AM

Dijadualkan berlangsung pada tarikh 7 Mei 2019, kedatangan telefon pintar baru ini ibarat sudah disahkan oleh Google sendiri tetapi laman paparan itu telah dipadam oleh Google.

Google Bakal Adakan Acara Pelancaran 7 Mei Ini, Berkemungkinan Pixel 3a Dan 3a XL

Berdasarkan ura-ura sebelum ini, Pixel 3a akan dilengkapi dengan skrin paparan OLED 5.6 inci, Snapdragon 670, RAM 4GB, memori simpanan 64GB, kamera hadapan 8MP, kamera belakang 12MP dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Versi XL pula dijangka hadir dengan spesifikasi lebih kurang sama tetapi berlainan saiz skrin iaitu paparan berukuran 6 inci mungkin digunakan.

Google Bakal Adakan Acara Pelancaran 7 Mei Ini, Berkemungkinan Pixel 3a Dan 3a XL

Selain itu, Google turut mengumumkan penambahan karakter Avengers pada Playmoji AR yang eksklusif untuk peranti Pixel sahaja. Lima karakter yang ditambah adalah War Machine, Thor, Black Widow, Rocket dan Captain Marvel.

https://www.youtube.com/watch?v=9fMRXLl1OYA

Sumber: Google Store via The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY