Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Chrome Bakal Memperkenalkan Fungsi Mematikan Bunyi Video Auto-Play Pada Laman Web

Google Chrome Bakal Memperkenalkan Fungsi Mematikan Bunyi Video Auto-Play Pada Laman Web

Diterbitkan Ogos 27, 2017 · Dikemas kini Ogos 27, 2017 oleh Helmi Samsuri

François Beaufort yang merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan pembangun Google Chrome, telah mengumumkan bahawa mereka sedang giat menguji butang dengan fungsi menghidup serta mematikan bunyi pada sesebuah laman web.

Tidak semua orang gemar akan bunyi yang tiba-tiba sahaja keluar, dan fungsi tersebut membolehkan anda mematikan bunyi dari laman web kerana terdapat beberapa laman web yang memaparkan video atau audio secara automatik.

Melihat kepada cara tetapan, ia sangat mudah untuk dilakukan. Anda hanya perlu tekan pada butang “Secure” (simbol mangga berwarna hijau) dibahagian URL dan senarai pilihan akan keluar. Tetapan akan kekal sehinggalah anda sendiri mengubahnya semula.

Fungsi ini masih lagi dalam peringkat ujian (versi Canary) dan mungkin akan ditawarkan secara menyeluruh tidak lama lagi.

Selain itu, Apple turut dikatakan membangun fungsi yang sama untuk pelayar web mereka, Safari, yang mana ia akan memberikan pengguna pilihan untuk memastikan video auto-play dihentikan sementara sehingga mereka memutuskan untuk memainkannya.

Sumber: François Beaufort, Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY